Capaian Internet Secara Kolektif
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif.
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi.
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI.
Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan.
Menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.
Merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri.
Mengawal selia kendiri serta menyedari batasan penggunaan Internet dan media sosial.
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dengan tepat.