
Perkhidmatan Pintar
Keusahawanan

PRENEUR
Program NADIPreneur merupakan komponen utama di bawah NADI Keusahawanan yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dalam kalangan komuniti NADI. Program ini bertujuan melengkapkan usahawan sedia ada dan bakal usahawan dengan kemahiran praktikal untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Ia memberi tumpuan kepada pengukuhan asas perniagaan melalui modul yang mengintegrasikan elemen digital dan AI dalam perniagaan:
- Perancangan perniagaan
- Pemasaran
- Pengurusan kewangan
- Operasi perniagaan
Program ini membantu usahawan membina asas yang kukuh serta meningkatkan keupayaan menjana pendapatan secara mampan.
Sasaran : Terbuka kepada semua ahli komuniti NADI berumur 18 tahun ke atas yang berhasrat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

EMPOWERHER
Program NADI EmpowerHer merupakan inisiatif khusus di bawah NADI Keusahawanan yang memberi tumpuan kepada memperkasa usahawan wanita. Program ini bertujuan membantu wanita mengatasi cabaran dalam perniagaan serta meningkatkan keyakinan dan keupayaan mereka untuk berkembang.
Ia menyediakan sokongan melalui:
- Bimbingan daripada mentor
- Sesi perkongsian bersama usahawan wanita berjaya
- Peluang jaringan dan kolaborasi
Program ini membantu usahawan wanita membina keyakinan diri, memperkukuh perniagaan dan memperluas peluang pertumbuhan.
Sasaran : Terbuka kepada usahawan wanita dan mereka yang minat menjadi usahawan dalam komuniti NADI yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

KIDSVENTURE
Program NADI KidsVenture merupakan komponen di bawah NADI Keusahawanan yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja dalam bidang keusahawanan.
Program ini bertujuan memupuk minat terhadap perniagaan sejak usia muda serta membina pemikiran kreatif dan keusahawanan.
Ia dilaksanakan melalui:
- Aktiviti interaktif dan menyeronokkan
- Bengkel asas keusahawanan
- Pengenalan kepada konsep perniagaan dan pemasaran
Program ini membantu membentuk generasi muda yang lebih bersedia dan berminat untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.
Sasaran : Kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun dalam komuniti NADI.
